#BehentiMembunuh

#BehentiMembunuh adalah kempen rakyat untuk moratorium hukuman mati di Singapura. Kempen ini, yang dimulakan oleh Transformative Justice Collective, telah diilhamkan oleh bantahan orang ramai dalam penentangan terhadap siri-siri pelaksanaan hukuman gantung oleh para hakim pada tahun 2022. Apabila seruan untuk pemansuhan semakin kuat merentas segmen yang berbilang – terutamanya oleh generasi muda dan komuniti etnik minoriti – kami menuntut penangguhan hukuman mati serta-merta, diikuti dengan semakan bebas dan telus mengenai penggunaan hukuman mati di Singapura.

Majoriti orang yang dihukum mati di Singapura disabitkan dengan kesalahan dadah tanpa kekerasan. Oleh itu, perbualan mengenai hukuman mati juga semestinya termasuk perbualan tentang ‘perang melawan dadah’ Singapura yang kami percaya telah menjadi kegagalan yang mengejutkan dan membunuh.

Apabila perhatian tempatan dan antarabangsa terhadap pembunuhan beramai-ramai di negeri ini semakin meningkat, jelasnya terdapat kekurangan maklumat dan akauntabiliti daripada negara tentang siapakah yang dijatuhkan hukuman mati, keadaan yang dialami banduan yang dihukum mati, bagaimana dan bilakah tarikh hukuman mati dijadualkan, dan cara-cara petisyen pengampunan dipertimbangkan. Ratusan rayuan pengampunan oleh rakyat biasa tidak diendahkan oleh Presiden dan Kabinet. Persoalan yang serius dan mendesak juga telah dibangkitkan. Antaranya adalah berkait dengan majoriti kes hukuman gantung dikenakan atas etnik minoriti daripada latar belakang yang terpinggir, sistem kehakiman yang keras terhadap orang yang menghadapi pertuduhan modal dan penuh dengan risiko tinggi terhadap perbicaraan rakyat marhaen yang tidak selamat. Lagi-lagi dakwaan kerajaan bahawa hukuman mati adalah untuk menghalang penambahan penggunaan dadah berbahaya di Singapura dan trauma besar yang ditimbulkan apabila hukuman gantung dikenakan ke atas keluarga banduan dan masyarakat di Singapura.

Moratorium adalah langkah pertama yang penting ke arah pemansuhan hukuman mati. Apabila arus pendapat umum berubah secara dramatik di Singapura, dan penelitian terhadap rejim hukuman mati semakin berkembang, kerajaan mempunyai kewajipan untuk menghentikan hukuman mati dan mewujudkan persekitaran yang lebih bebas untuk rakyat memahami pelbagai perspektif tentang hukuman mati dan mempertimbangkan sama ada hujah terhadap hukuman mati disokong oleh pendekatan saintifik dan berasaskan bukti.

Sekatan yang ketat terhadap kebebasan sivil dan politik, budaya ketakutan dan penapisan diri apabila mencabar kerajaan, dan kekurangan media bebas melaporkan hukuman mati juga bermakna bahawa pemahaman kebanyakan rakyat Singapura tentang hukuman gantung dimaklumkan oleh kerajaan dan propaganda kerajaan. Suara orang yang dihukum mati dan keluarga mereka disenyapkan secara sistematik, orang-orang yang mempercayai pemansuhan tidak diberi akses ke sekolah atau platform lain untuk berkongsi pandangan mereka, dan undang-undang pengedaran risalah di tempat awam masih ketat mahupun mengadakan protes di luar Taman Hong Lim.

Tetapi ini tidak akan menghalang kita. Kami melancarkan #StopTheKilling / #BehentiMembunuh kerana kami percaya bahawa melalui perbincangan dan perbualan yang ikhlas dan berani bersama jiran dan rakan, kami boleh memastikan bahawa semakin ramai orang di Singapura mempunyai akses kepada cerita, data dan analisis tentang hukuman mati, Ini membolehkan mereka capai pandangan yang lebih bermaklumat, adil dan penuh belas kasihan mengenai hukuman mati. Kami yakin apabila diberi peluang untuk berfikir dan mendalami fakta, kebanyakan orang akan melihat ketidakadilan hukuman mati dan cara ia melucutkan kuasa, maruah dan kemanusiaan kita.

#BehentiMembunuh mempunyai dua fokus pada masa ini:

(A) mengumpul tandatangan fizikal untuk petisyen rakyat yang menggesa penangguhan hukuman mati dan kajian semula yang bebas rejim hukuman mati dan

(B) mengemukakan petisyen parlimen oleh keluarga orang yang dihukum mati (dahulu dan sekarang) di hadapan parlimen untuk dibahaskan dan diambil tindakan. Kedua-dua petisyen akan digunakan untuk menedesak ahli politik parti pemerintah dan parti pembangkang untuk menghadapi persoalan dan tuntutan kami.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai setiap petisyen dan kempen serta usaha jangkauan kami di sini.

Kempen Dalam Bahasa Melayu